Soalan Lazim

Show all answers

  • Apa itu Macrolane™?

    Macrolane adalah gel yang menambah isi padu tisu. Ia digunakan untuk mengembalikan dan
    mencantikkan kontur badan, seperti payu dara dan punggung, atau mengisi
    kecacatan lekuk dan parut. Ia memberikan hasil serta merta dan tahan lama tanpa
    pembedahan terbuka. Tidak seperti pembedahan terbuka, parut pada bahagian suntikan adalah kecil dan semakin lama semakin tidak ketara.

    Ia berasaskan teknologi NASHA™ Q-Med yang unik dan dipatenkan untuk menstabilkan
    asid hialuronik. Teknologi NASHA telah digunakan untuk menghasilkan lebih 10 juta
    rawatan kecantikan dan digunakan di lebih 70 negara di seluruh dunia.

  • Apa yang terkandung dalam Macrolane?

    Macrolane adalah formula gel berasaskan asid hialuronik yang stabil.  Sebagai komponen
    semula jadi dalam kulit, asid hialuronik mengikat molekul air dan membantu mengekalkan isi padu.

    Dengan menstabilkan asid hialuronik untuk menjadi gel dengan teknologi NASHA, ia tahan lebih lama dan ia menyerupai asid hialuronik yang terkandung dalam badan manusia.  Gel Macrolane adalah terbiodegradasi.

  • Apakah kawasan yang boleh dirawat dengan Macrolane?

    Macrolane ialah produk berinovatif untuk mencantikkan payu dara, pengembalian isi padu
    dan kontur bagi permukaan badan, sebagai contoh payu dara, betis dan punggung.
    Macrolane juga boleh melicinkan permukaan kulit yang tidak rata, seperti
    yang disebabkan oleh proses penyedutan lemak dan parut pembedahan.

  • Adakah penggunaan Macrolane diluluskan untuk payu dara?

    Ya, Macrolane diluluskan di seluruh EU untuk digunakan pada payu dara

  • Apakah perbezaan Macrolane dengan Restylane®?

    Macrolane adalah gel yang lebih pekat yang dibangunkan khusus untuk mengembalikan isi padu dan bentuk badan. Restylane digunakan untuk pembetulan yang lebih kecil pada wajah. Saiz bagi
    cannula untuk rawatan Macrolane adalah lebih besar berbanding jarum yang digunakan untuk
    rawatan Restylane®.

  • Berapa lama masa yang diambil untuk prosedur ini?

    Prosedur ini mengambil masa 30-90 minit bergantung pada bahagian yang dirawat dan
    kuantiti gel disuntik. Keputusan dapat dilihat dengan segera.

  • Bagaimanakah rawatan Macrolane dijalankan?

    Rawatan perlu dijalankan dalam klinik oleh doktor yang terlatih.
    Prosedur memerlukan anestetik setempat untuk membolehkan Macrolane disuntik
    ke kawasan yang dikenal pasti. Prosedur ini mengambil masa kira-kira 30 – 90 minit dan
    hasilnya dapat dilihat dengan serta-merta. Berbincang dengan doktor anda mengenai keperluan pra-dan pasca-rawatan.

  • Apakah perbezaan di antara rawatan Macrolane dan

    Terdapat beberapa perbezaan di antara implan payu dara Macrolane dan
    implan payu dara kekal. Macrolane berasaskan asid hialuronik, iaitu
    bahan semula jadi yang dihasilkan dalam badan, sementara implan kekal biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon yang merupakan benda yang asing bagi badan. Tambahan pula, Macrolane bersifat terbiodegradasi dan dikhaskan untuk proses pembesaran payu dara yang lebih kecil (kenaikan aiz kira-kira satu cup) serta pembentukan payu dara. Rawatan Macrolane adalah kurang invasif berbanding pembedahan implan kekal. Rawatan Macrolane dijalankan menggunakan anestetik setempat, tidak seperti implan payu dara kekal yang biasanya memerlukan anestesia am. Masa gendala selepas rawatan Macrolane biasanya
    lebih singkat berbanding pembedahan implan.

  • Siapa boleh dapatkan rawatan Macrolane?

    Rawatan Macrolane tersedia untuk semua yang ingin membetulkan bentuk
    badan mereka secara tidak kekal tanpa menjalani prosedur pembedahan
    besar. Oleh itu, Macrolane sesuai untuk mereka yang bimbang mengenai
    keperluan melalui anestesia atau parut pembedahan.

    Rawatan Macrolane adalah prosedur singkat yang biasanya memerlukan
    anestetik setempat. Ini mengurangkan gangguan kepada aktiviti harian atau masa
    tidak bekerja.

  • Adakah alasan lain untuk tidak menjalani rawatan Macrolane?

    Seperti prosedur perubatan lain, mungkin terdapat keperluan istimewa yang perlu
    dinilai bersama dengan doktor Macrolane. Khususnya, anda perlu
    bebas daripada penyakit yang aktif, seperti bengkak, jangkitan atau tumor, pada atau berdekatan
    dengan tapak rawatan yang diingini. Untuk menambah saiz payu dara, anda seharusnya
    bebas daripada sebarang penemuan hasil patologi pada payu dara dalam imbasan pra-rawatan.

  • Apa yang berlaku selepas rawatan Macrolane?

    Selepas rawatan Macrolane anda akan melihat hasilannya serta-merta. Selepas
    prosedur, bahagian yang dirawat mungkin terasa tegang atau sakit selama beberapa hari, sementara gel mendap dan menekan pada tisu di sekitarnya. Pil penahan sakit yang boleh dibeli di farmasi biasanya memadai untuk merawat ketidakselesaan ini.

    Walaupun disyorkan agar anda berehat selepas rawatan – tanpa senaman
    berat atau tekanan yang berpanjangan – kebanyakan pesakit meneruskan aktiviti
    harian biasa mereka sebaik sahaja selepas rawatan. Doktor yang merawat anda akan memberikan nasihatpasca-rawatan yang perlu.

  • Siapa boleh menjalankan rawatan Macrolane?

    Kami hanya mengesyorkan doktor berpengalaman untuk menjalankan prosedur ini.

  • Bagaimana saya dapat mencari doktor?

    Lawati laman web Macrolane untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai di mana anda boleh mendapatkan doktor yang menjalankan rawatan Macrolane.

  • Apakah faedah Macrolane?

    Dengan Macrolane anda boleh membetulkan bentuk badan anda secara semula jadi
    dan tidak kekal. Prosedurnya pantas dan memerlukan hanya anestetik tempatan
    menjadikan masa yang kurang dari tempat kerja atau aktiviti harian.

    Faedah Macrolane adalah:

    • Anda tidak perlu menjalani prosedur pembedahan besar atau anestesia am.
    • Rawatan tidak melibatkan penggunaan implan kekal atau lemak badan.
    • Disebabkan Macrolane produk tidak kekal, ia boleh diselaraskan dengan sebarang perubahan badan anda, dengan itu membolehkan anda mengawal rupa anda.
    • Selepas rawatan anda tidak perlu risau mengenai parut yang teruk.
  • Berapa lama rawatan ini bertahan?

    Peningkatan estetik biasanya tahan sehingga setahun. Gel terurai
    secara perlahan, sebagai sebahagian daripada proses normal dalam badan. Semua badan berbeza dan terdapat perbezaan individu.

    Untuk mengekalkan kesan estetik yang memuaskan, rawatan semula biasanya diperlukan
    9-12 bulan selepas suntikan awal, tetapi isi padu yang diperlukan kurang berbanding suntikan pertama.

  • Bagaimanakah gel itu hilang?

    Penguraian gel Macrolane adalah lambat dan beransur-ansur. Ia
    terurai secara semula jadi oleh badan manusia.

  • Bolehkah anda menyusu badan dengan payu dara yang dirawat?

    Seperti juga implan lain,  kemungkinan ia mempengaruhi penyusuan tidak dapat dielakkan.
    Namun teknik suntikan yang digunakan meletakkan gel Macrolane di bawah kelenjar susu
    menyebabkan ia mustahil untuk memberi kesan pada penyusuan. Di samping itu, oleh kerana Macrolane terurai mengikut masa, kami menjangkakan rawatan Macrolane menjadi semakin lama
    semakin mustahil untuk memberi kesan pada penyusuan dari 9 bulan ka atas.

  • Adakah Macrolane selamat?

    Ya, Macrolane diperbuat daripada asid hialuronik stabil yang  telah
    digunakan dalam lebih 10 juta rawatan untuk estetik wajah tanpa
    sebarang peristiwa mengancam nyawa dilaporkan. Keselamatan Macrolane telah
    dinilai sepenuhnya mengikut piawai berkaitan bagi peralatan perubatan.

    Keselamatan proses mencantikkan payu dara Macrolane telah terbukti dalam
    kajian klinikal prospektif serta susulan pasca-pasaran.

  • Adakah terdapat sebarang kesan sampingan selepas rawatan Macrolane?

    Kesan paling ketara adalah sedikit kesakitan atau bengkak pada tempat suntikan.
    Gel juga boleh merengsa dengan tekanan pada tisu dan menyebabkan sedikit
    bengkak. Ia adalah normal dan sememangnya reaksi begini menjadi jangkaan untuk apa-apa suntikan. Bahagian rawatan akan merasa sakit dan sensitif untuk beberapa hari. Pil anti-bengkak bukan preskripsi biasanya memadai untuk melegakan ketidakselesaan.

    Kapsul, yang berasa pejal di kawasan yang dirawat dengan Macrolane
    pada payu dara telah dilaporkan Jika ini dirasakan sebagai masalah ia biasanya
    boleh diperbetulkan oleh doktor anda dengan satu prosedur mudah.

  • Bolehkah Macrolane menyebabkan kanser?

    Data pra-klinikal menyokong bahawa Macrolane tidak menyebabkan atau mengaruhkan kanser. Tiada kes kanser yang berkaitan dengan Macrolane telah dilaporkan.

    Ingatlah bahawa kanser payu dara adalah salah satu daripada kanser lazim menjejaskan wanita.
    Kira-kira seorang dalam 8-10 orang akan mengalami kanser payu dara pada
    satu fasa hidupnya dan risiko bergantung pada beberapa faktor termasuk sejarah
    keluarga dan sejarah reproduktif. Oleh itu kemungkinan  wanita yang telah
    menjalani rawatan Macrolane, juga mengalami kanser, bukan sesuatu yang diluar jangkaan, dan ini tiada sebarang
    perkaitan dengan penggunaan Macrolane.

  • Adakah Macrolane mempengaruhi mamografi?

    Diketahui bahawa kehadiran implan payu dara boleh mempengaruhi pentafsiran
    mamogram. Pesakit perlu patuh dengan prosedur imbasan payu dara standard
    yang disyorkan oleh doktor mereka atau pihak berkuasa kesihatan.
    Pakar radiologi perlu diberitahu mengenai gel Macrolane yang di implan.