Mencantikkan payu dara – untuk payu dara lebih bulat dan penuh
Macrolane™ adalah penyelesaian tanpa pembedahan jika anda ingin mencantikkan dan membentuk payu dara anda. Sebagai alternatif untuk payu dara lebih besar, wanita mencari alternatif kurang invasif kepada implan payu dara. Ini adalah pembentukan payu dara – secara semula jadi.
Adakah anda mengingini payu dara yang kelihatan sama atau seimbang dari segi simetri? Adakah menyusu, pengurangan berat badan, atau usia menyebabkan anda ingin mengembalikan saiz dan kemontokan payu dara yang hilang? Berhenti mencari! Macrolane adalah penyelesaian tanpa pembedahan jika anda mahu mengembalikan kepaduan payu dara anda secara semula jadi.
Mencantikkan payu dara secara semula jadi tanpa pembedahan
Macrolane berupaya mencantikkan payu dara tanpa memerlukan anestesia umum, implan kekal dan tanpa melibatkan diri anda dalam risiko pembedahan. Macrolane adalah produk selamat dan rawatannya boleh ditoleransi, mudah dan dengan keputusan segera. Ini bermaksud anda boleh mengalami kesan estetik pada badan anda dengan kesan negatif yang minima kepada kesihatan diri anda dan masa pemulihan yang minima.