Kontur badan – Membentuk badan anda secara semula
Sifat penyesuaian yang tinggi Macrolane™ memungkinkan ia mengembalikan kepaduan dan kontur bagi pelbagai permukaan badan. Produk ini juga amat sesuai digunakan untuk pengurangan parut dan rawatan pembentukan semula bahagian badan yang lain
Kemungkinannya adalah luas. Kawasan yang biasa dirawat termasuk betis dan lekuk pada badan. Macrolane mempunyai kelebihan di mana ia boleh juga digunakan untuk pembentukan semula selepas trauma, rawatan pengurangan parut dan mengisi lekuk selepas sedut lemak. Pembetulan terlampau tidak diperlukan semasa menyuntik Macrolane. Sel lemak transplan biasanya tidak hidup selepas dikeluarkan, disimpan dan ditransplan.
Pembentukan badan tanpa pembedahan
Tambahan lagi, rawatan dengan Macrolane menyingkirkan kebimbangan pesakit mengenai pembedahan. Implan kekal biasanya melibatkan pembedahan dengan penggunaan anestesia am yang boleh memberikan parut besar dan dikaitkan dengan risiko perubatan dan pembedahan lain. Ini adalah cara semula jadi untuk pembentukan badan dan kontur.