Teknologi asid hialuronik di sebalik Macrolane
Macrolane™ dihasilkan di Sweden dengan bahan mentah dan komponen yang berkualiti tinggi. Teknologi Q-Med NASHA™ memastikan hasil yang tahan lama dan mengurangkan reaksi kulit.
Macrolane berasaskan asid hialuronik yang tidak berasal daripada haiwan dan dihasilkan dengan teknologi NASHA™ yang telah dipatenkan oleh Q-Med. Asid hialuronik adalah salah satu daripada bahan paling versatil dan menarik dari alam semula jadi. Ia dijumpai di seluruh bahagian badan dan juga dalam kebanyakan organisma hidup. Bahan ini mempunyai pelbagai fungsi, dari memberi kulit keanjalan hinggalah melincirkan sendi. Asid hialuronik boleh menarik banyak molekul air dan sifat penting ini merupakan asas kepada ciri unik produk NASHA.
Kesan mencantikkan badan yang tahan lama
Produk Macrolane mempunyai ketulenan tinggi dan memberi hasil rawatan yang tahan lama. Ini dicapai dengan penggunnaan asid hialuronik dengan darjah ketulenan yang tinggi bersama proses penstabilan yang unik iaitu Teknologi NASHA. Dalam bentuk aslinya di dalam badan, asid hialuronik hanya bertahan selama beberapa hari. Oleh itu, penstabilan dengan teknologi NASHA penting bagi memberikan hasil tahan lama sementara mengekalkan kualiti yang mengurangkan risiko reaksi kulit. Hasil akhirnya ialah Macrolane – produk selamat untuk badan, dengan kesan kecantikan yang tahan lama. Tempoh kesan rawatan boleh dikekalkan dengan rawatan ulangan dengan Macrolane.