Langkah-langkah rawatan Macrolane
Mula dengan mencari klinik Macrolane™ dengan menggunakan pautan “Cari klinik”. Buat temu janji untuk rundingan.
Rundingan mengenai mencantikkan badan
Bersiap sedia semasa datang untuk rundingan. Jujur dengan diri anda sendiri mengenai keinginan dan pertanyaan yang anda ingin tanya. Anda akan mengetahui bagaimana produk Macrolane dapat digunakan dengan selamat untuk menepati keinginan anda, dan anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan anda. Apabila anda meninggalkan rundingan ini, anda seharusnya memahami tentang Macrolane, dan anda seharusnya tahu apa hasil yang dijangka.
Rawatan Macrolane
Pada hari rawatan anda mempunyai peluang membincangkan butiran rawatan itu lagi. Dapatkan jawapan bagi sebarang persoalan baru yang ada. Rawatan mencantikkan badan biasanya dijalankan menggunakan anestetik setempat. Prosedur Macrolane hanya mengambil masa 30-90 minit. Macrolane disuntik ke dalam bahagian yang anda ingin rawati. Keputusannya dapat dilihat segera.
Pasca rawatan
Selepas rawatan anda akan menerima panduan pasca-rawatan. Adalah lazim untuk mengalami sedikit bengkak, kemerahan, kelembutan, rasa sakit, lebam atau kegatalan pada bahagian suntikan untuk beberapa hari terawal selepas rawatan Macrolane. Ubat penahan sakit biasa yang dijual di farmasi biasanya memadai untuk menghilangkan ketidakselesaan ini. Walaupun ramai dapat kembali ke aktiviti harian mereka, adalah disyorkan untuk berehat sebaik sahaja selepas rawatan. Elakkan senaman giat atau mengurut kawasan dirawat untuk dua atau tiga minggu.
Rawatan Macrolane Anda Seterusnya
Disebabkan Macrolane terbiodegradasi secara semula jadi, anda juga perlu mengulang rawatan tersebut untuk mengekalkan hasilnya. Lawatan ulangan biasanya dibuat selepas 9 hingga 12 bulan dan melibatkan suntikan Macrolane dalam kuantiti yang kurang berbanding dengan suntikan pertama.