“Saya tidak pernah mempunyai payu dara yang besar, dan selepas menyusukan dua anak, dada saya hampir terus leper. Disebabkan rupa saya yang keanak-anakan dengan badan langsing dan ciri wajah yang kecil, kadangkala saya merasakan tidak feminin. Dada yang lebih besar menyebabkan anda kelihatan lebih matang, dan saya tidak pernah menjumpai coli yang sesuai dengan saya."
“Saya ada berbual dengan salah seorang rakan sekerja dan memberitahunya saya ingin payu dara lebih penuh, tetapi teringat bahawa saya tidak mahu sebarang eksperimen dijalankan ke atas badan saya dan saya tidak mahu melalui pembedahan. Beberapa hari kemudian, saya melihat iklan Q-Med dalam surat khabar yang menyatakan bahawa mereka sedang mencari peserta untuk ujian penambahan payu dara tanpa pembedahan. Saya membalasnya dengan surat yang panjang, memberitahu perasaan saya, bahawa saya tidak mahu buah dada besar, tetapi mahu mengembalikan isi padunya. Harapan saya tidaklah setinggi langit, tetapi saya ingin mencubanya sendiri dan merasa selamat kerana Macrolane mengandungi bahan yang ada semula jadi di dalam badan.
Hasilnya dan perasaan saya
“Selepas rawatan saya melihat perubahan yang besar—meningkat dari cup A ke cup B, dengan payu dara yang rasa lebih bulat dan montok. Ia seperti menambah berat badan pada punggung, tetapi kali ini, dada saya yang lebih besar—dan ia benar-benar terasa seperti payu dara saya sendiri. Saya terasa lebih feminin dan keyakinan diri saya meningkat.”
“Sekarang saya boleh memakai kemeja-T tanpa selalu membetulkan coli saya, atau baju tanpa coli di dalam. Ini sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak bertahun-tahun. Memakai bikini tanpa wayar semasa di kolam adalah hebat—ia cukup menggembirakan untuk berasa seperti wanita berbanding budak perempuan.
Pasangan saya, yang sentiasa mencintai saya sepenuhnya, berpendapat bahawa hasilnya adalah cantik. Dan walaupun saya menjalankan rawatan atas kehendak saya sendiri, anda sentiasa ingin kelihatan elok untuk pasangan anda. Rakan saya memikirkan ia kelihatan seperti saya telah menambah berat pada dada saya, tetapi bukan bahagian yang lain. “Saya inginkannya," kata salah seorang dari mereka. Salah seorang dari mereka mempunyai dada tidak sekata dan kemampuan untuk membetulkan perkara ini secara semula jadi tentunya berasa hebat."
Rawatan
“Saya tidak gusar langsung semasa saya ke klinik kerana saya sudah pun berfikir masak-masak. Apabila saya tiba, saya berbual dengan jururawat bernama Birgitta dan pakar bedah, Per Hedén yang menjelaskan ujian itu dan kaedah rawatan yang akan dijalankan."
“Rawatan sebenar tidak akan mengambil lebih dari 10 hingga 15 minit. Kemudian saya berbaring selama sejam sebelum mengambil bas untuk pulang. Saya merasa sedikit kesakitan pada awalnya yang berterusan selama beberapa hari. Namun ia hilang dan saya cukup berpuas hati."
“Mungkin berbeza bagi orang lain, tetapi Macrolane sesuai dengan saya kerana ia tidak invasif dan saya tidak akan fikir dua kali sebelum melakukannya lagi. Saya tidak berminat dengan implan—kemampuan mendapatkan kecantikan adalah seperti impian menjadi kenyataan.”