Lihat sebelum dan selepas

Cari klinik

Maklumat

Nama Natalie
Jantina Perempuan

Saya tidak menginginkan payu dara besar, saya cuma mahu ia rasa dan kelihatan lebih mengghairahkan

story_natalie_1

Pembentukan payu dara saya dengan Macrolane

Pembentukan payu dara tanpa pembedahan dengan Macrolane™ membolehkan wanita mendapatkan bentuk dan pengisian semula jadi tanpa perlu mengubah gaya hidup sibuk mereka. Sebagai prosedur masuk-keluar, rawatan boleh meningkatkan saiz payu dara satu cup dan memberikan lurah dada lebih jelas tanpa meninggalkan parut. Hasilnya tahan antara 9 ke 12 bulan.

Natalie mula mencari pilihan rawatan untuk mengembalikan isi padu dalam payu daranya selepas kelahiran anak lelakinya.

“Saya inginkan pengisian semula terutamanya pada bahagian atas payu dara saya, di mana selepas 8 bulan menyusu telah hilang bentuknya. Rawatan sementara menarik perhatian saya kerana saya mahu mendapatkan lebih ramai anak di masa hadapan."

Natalie telah membaca mengenai Macrolane dan selepas kajian berterusan bercadang untuk bertemu dengan Dr Maurizio Viel, di London Centre of Aesthetic Surgery.

Ini adalah diari rawatan Natalie:

Perundingan

Rundingan saya dengan Dr. Viel menjawab semua persoalan saya—kebanyakannya mengenai berapa cepat saya boleh bekerja semula dan mula bersenam lagi. Beliau menjamin bahawa saya boleh mengembalikan isi dan bentuk payu dara saya dan keputusannya akan kelihatan dan berasa semula jadi. Beliau juga menjelaskan bahawa payu dara saya akan merasa sakit dan lembut selama beberapa hari, dan ia akan berasa lebih pejal berbanding kebiasaannya.

Pada Hari Rawatan

Saya kembali ke klinik untuk rawatan Macrolane saya. Pasangan saya telah datang bersama dan saya jujurnya berasa tidak sabar dan runsing. Selepas Dr. Viel memastikan yang saya bersedia untuk meneruskannya, saya menandatangani surat kebenaran.

Selepas memeriksa tekanan darah, Dr Viel menandakan payu dara saya dan menerangkan di mana gel itu akan diletakkan. Dia juga mengambil gambar foto yang saya boleh bandingkan dengan foto pasca-rawatan nanti. Malah dia mencadangkan yang saya menunjukkannya kepada rakan saya. Hairan saya!

Saya dipakaikan gaun dan dibawa ke bilik rawatan. Semasa saya berbaring saya merasa tidak sedap hati tetapi saya tenang kerana saya tahu saya dijaga dengan baik. Anestetik setempat sedikit menyengat tetapi kemudiannya saya tidak merasa apa-apa.

Perasaan disuntik gel Macrolane adalah aneh, tetapi tidak sakit. Hebat sekali apabila payu dara saya bertambah saiznya di depan mata. Dr Viel mengurut gel itu ke tempatnya dengan perlahan. Payu dara kiri saya dirawat dan kemudian, sebelum saya menyedarinya, saya duduk di hadapan cermin. Saya kagum—saya mempunyai payu dara montok dan cantik terbentuk!

Sebaik sahaja selepas rawatan jururawat memberikan saya risalah penjagaan selepas rawatan dan mengingatkan saya bahawa dada saya akan merasa sakit dan lembut buat beberapa hari. Beliau memberi saya pill penahan sakit dan memberitahu saya supaya tidak membasahkan kawasan itu dan mengelak daripada mandi selama 2 hari. Pergi ke gim tidak digalakkan sehingga payu dara saya mula pulih.

Semasa saya memakai baju saya kagum melihat payu dara saya memenuhi coli—saya amat gembira! Dengan tersenyum lebar, saya mengucapkan selamat tinggal kepada Dr. Viel. Tengah hari itu saya mengambil dua biji penahan sakit kerana anestetik setempat itu sudah hilang kesannya. Rasa yang dialami adalah ketidakselesaan, payu dara saya terasa sakit apabila disentuh dan penuh isi.

Hari Selepasnya

Rasa sakit apabila disentuh itu telah berkurangan  dan saya bercadang untuk  bekerja pada tengah hari untuk menyiapkan beberapa kertas kerja di atas meja saya. Semua orang kagum melihat saya dan tidak percaya saya sudah aktif!

Seminggu kemudian

Seminggu kemudian saya kembali untuk pemeriksaan dan foto pasca-rawatan. Payu dara saya masih berasa agak pejal tetapi semakin melembut. Gambar-gambarnya memang jelas menampakkan perbezaan dan ya, saya akan menunjukkannya kepada rakan saya! Saya menghabiskan masa pagi esoknya untuk membeli baju dalam baru dan baju baru untuk dipakai semasa perkahwinan rakan saya.

Saya tidak menginginkan payu dara besar, saya cuma mahu ia berasa dan kelihatan lebih mengghairahkan. Rawatan Macrolane memberikan perbezaan yang besar kepada saya, menaikkan keyakinan dan harga diri saya. Hebat juga untuk merasa seksi!